.........Bermula 10hb, 11hb, 12hb dan 15hb pada hari Rabu, Khamis, Jumaat dan Isnin telah berlaku kursus yang bertajuk Dasar dan Hala Tuju. Kursus tersebut telah disampaikan selama 4 hari oleh Pn. Norfadzlianawaty bt. Mohd Fathel dan Pn. Noor Azimah Bt. Abdul Aziz. Apa yang menarik dalam kursus ini kedua-dua pensyarah ini mengajar secara team teaching dimana kedua-dua sama-sama memberi input dalam waktu yang sama. Pada awalnya penyampaian isi kursus Hala Tuju dengan permainan Kapal Terbang dan Benang untuk mengaitkan Strategi dan hubungkait pengurusan di sekolah. Dalam pada itu peserta dibahagi kepada kumpulan bagi menghuraikan kefahaman dengan isi yang disampaikan. Selain itu peserta diminta untuk memberikan komentar dan pandangan kepada apa yang dihasilkan oleh kumpulan lain. Apa yang jelas setiap peserta diberikan bimbingan dan teguran yang sesuai bagi memperbaiki kesilapan dan membuat penambahbaikan.